Rabu, 26 Oktober 2011

Darab / sifir mudah... Segalanya di hujung jari...


zwani.com

darab
  1. perkalian, kali-kali
    sifir darab sifir kali-kali (misalnya 2 x 1, 2 x 2, 2 x 3, dan seterusnya)

mendarab, mendarabkan

  1. mengalikan, memperkalikan
    Ayat: bagaimanakah memperoleh jawapannya apabila mendarab, mendarabkan sesuatu nombor dengan 10?

pendarab

  1. angka yang didarabkan dengan angka lain, angka perkalian, pengali (dalam kira-kira).

pendaraban

  1. proses mendarab atau mendarabkan sesuatu.

Cara mudah ingat sifir;

  • Ada beberapa cara mudah untuk mengingati sifir.  Salah satunya adalah dengan menggunakan jari.  Terutamanya, bagi murid yang lemah.  Ini akan mempercepatkan mereka menjawab soalan yang berkaitan dengan sifir.  Segalanya di hujung jari.
  • Pertama sekali, tadah tangan seperti sedang membaca doa.  Perhatikan gambar rajah di sebelah.  Pada setiap jari telah diberi nombor.   
  • Ingat nombor pada setiap jari.  Ini akan memudahkan murid untuk membuat pengiraan sifir.
  • Terdapat 2 kaedah untuk mengingat sifir.  Murid-murid boleh memilih kaedah yang diminati dan mudah bagi mereka.  Pada peringkat awal, kita mula dengan kaedah 1, iaitu dengan menggunakan jari-jemari.

DIGIT 6
  • Jari kelingking mewakili digit 6
  • Setiap kali menyebut sifir 6, jari kelingking sama ada tangan kiri atau kanan hendaklah dilipat ke bawah seperti yang ditunjukkan.
  • Manakala, jari-jemari yang lain dibiarkan tegak.


DIGIT 7
DIGIT 8
DIGIT 9








 





  • Jari manis mewakili digit 7.
  • Jari hantu mewakili digit 8.
  • Jari telunjuk mewakili digit 9.
  • Setiap kali menyebut sifir 7, jari manis dan jari kelingking sama ada tangan kiri dan kanan hendaklah dilipat ke bawah seperti yang ditunjukkan.
  • Manakala, jari-jemari yang lain dibiarkan tegak.
  • Ulang cara yang sama bagi sifir 8 dan 9.





    - Selamat Mencuba!!! -



















      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan